fbpx

Alami masalah teknikal, pesawat latihan mendarat paksa di Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat latihan membuat pendaratan paksa di Jasin, Melaka berikutan berdepan masalah teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, masalah dihadapi pesawat jenis Piper PA-28-181 itu dilaporkan oleh juruterbang terbabit.

“Pesawat jenis Piper PA-28-181, 9MSKJ telah memohon kebenaran daripada Menara Kawalan Trafik Udara untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

“Bagaimanapun, pesawat dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) telah membuat pendaratan paksa di Kilang Xinyi Energy Smart pada pukul 11.05 pagi hari ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, penerbangan tersebut melibatkan seorang juruterbang dan seorang pelajar yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI