fbpx

Ditinggalkan ‘kekasih’ setelah hidap HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN songsang telah memusnahkan masa depan Rafie. – GAMBAR HIASAN

MASIH terngiang-ngiang di pendengarannya saat seorang doktor wanita perempuan memberitahu keputusan ujian darah yang baru sahaja diambil Rafie (bukan nama sebenar) pada pagi itu.

Tanggal 21 April tahun lalu merubah segalanya tentang kehidupan anak muda kelahiran Papar, Sabah itu.

Kehidupan yang dahulunya ceria dan gembira di samping teman-teman serta keluarga tercinta hilang bagai sekelip mata.

“Saat diberitahu yang saya positif virus kurang imun (HIV), nadi hidup saya bagaikan terhenti seketika.

“Rasa macam ada satu batu besar dengan bebanan yang cukup berat untuk saya terima menghempap atas kepala,” katanya saat memulakan bicara kepada Panorama.

Menurut Rafie yang baru sahaja menginjak usia 22 tahun, tujuannya ke ibu kota adalah untuk bekerja selain membantu keluarga di kampung.

Akuinya lagi, walaupun tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh keputusan yang memberangsangkan untuk menyambung pengajian, namun dia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran.

Ujarnya, dia yang masih mempunyai tiga orang adik di bawahnya dan masih bersekolah selain ibunya yang berstatus ibu tunggal menguatkan lagi semangatnya untuk merantau.

“Sebelum ini saya pernah juga bekerja di sebuah pasar raya terkemuka di bandar Kota Kinabalu, tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi dan ada kalanya membuatkan saya terpaksa ikat perut.

“Lebih kurang dua tahun bekerja di situ, saya nekad untuk pergi ke Kuala Lumpur bersama beberapa rakan lain di tempat kerja yang sama untuk mencari pengalaman di sana.

“Berbekalkan sedikit wang simpanan sebagai modal untuk terbang ke Semenanjung, kami selamat tiba di sana dan memulakan kerja sebagai operator kilang denggan ditawarkan gaji pokok sebanyak RM1,200 pada ketika itu,” katanya.

Tambah Rafie yang dikurniakan wajah kacak persis pelakon dan model, dia dan dua rakannya memulakan kerja di sebuah kilang terletak di Bangi, Selangor yang turut menyediakan kemudahan asrama.

Akuinya lagi, penghijrahannnya ke ibu kota ini bukan sahaja terpaksa meninggalkan ibu tercinta selain adik beradik, tetapi kekasih yang dikenali sejak tingkatan tiga.

RAFIE sukar untuk menerima kenyataan apabila dimaklumkan doktor bahawa dirinya menghidap HIV. – GAMBAR HIASAN

Namun, disebabkan mahu mencuba nasib dan memperbaiki taraf kehidupan, Rafie nekad dengan keputusan untuk merantau dan mengubah nasib hidupnya.

“Sejak saya bekerja sebagai operator kilang, setiap bulan saya akan kirim wang kepada keluarga. Rezeki saya lagi murah jika ada kerja lebih masa.

“Kadang-kadang bila rajin boleh dapat sampai RM2,500 dan jumlah itu sudah cukup besar bagi anak rantau seperti saya ini dibandingkan gaji di tempat terdahulu.

“Paling seronok, di kilang ini saya juga ramai kenalan baharu bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara-negara lain termasuk Indonesia, Vietnam, Filipina, Myanmar dan sebagainya,” katanya.

Lebih setahun bekerja sebagai operator kilang, Rafie mula berkenalan dan rapat dengan seorang penyelia baharu dikenali sebagai Zam (bukan nama sebenar) yang baru sahaja berkhidmat di sana.

Cerita Rafie, Zam yang berasal dari Segamat, Johor juga banyak membantu dirinya dalam segala urusan dan perhubungan mereka semakin akrab bak abang dan adik sementelah umur mereka berbeza lima tahun.

“Entah bagaimana, mungkin disebabkan terlalu jauh dengan keluarga dan kekasih hati, saya ‘menyerahkan’ segalanya kepada Zam yang sudah saya anggap sebagai abang sendiri.

“Zam jenis yang memahami dan kami berdua juga bujang tanpa ada komitmen lain. Dia begitu mesra dan tahu apa yang saya suka atau tak. Perwatakan Zam yang sesekali ‘manja’ itu mengingatkan saya kepada kekasih di kampung.

“Hendak dijadikan cerita, bila semakin rapat, mula wujud rasa ‘cinta’ dalam hati. Saya juga tahu Zam memang sudah lama memerhati dan sukakan saya sejak hari pertama dia sampai di Bangi.

“Saya juga sudah tidak duduk di asrama dan berpindah tinggal berdua bersama dengannya. Bermula dari situ jugalah, saya terus dilaruti dengan dosa siang dan malam.

“Perkara yang tidak pernah saya lakukan sudah saya lakukan walaupun ia jijik dan bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi disebabkan sayang dan terhutang budi selain sudah terlalu ‘seronok’ dan selesa, saya teruskan tanpa pengetahuan sesiapa,” akuinya.

Dua tahun hidup disirami ‘bahagia’ bersama Zam yang bukan hanya dianggap seperti abang tetapi ‘kekasih’, mungkin Allah mahu ‘anugerahkan’ sesuatu kepadanya.

Kata Rafie, hampir sebulan dia mengalami demam panas, jatuh sakit, kerap berpeluh, tidak boleh tidur malam dan selalu pengsan selain timbul ruam pada seluruh badan.

“Jadi bila dah hampir sebulan begitu, saya meminta Zam untuk hantar saya ke hospital dan buat ujian saringan darah. Saya juga tidak dapat bekerja.

“Pada hari itu jugalah saya dapat tahu bahawa dalam badan saya ada satu virus sedang merebak iaitu HIV. Saya terduduk dan rasa ia seakan mimpi.

“Bermula dari situ, Zam ‘jijik’ untuk terus bersama dengan saya dan melepaskan saya begitu sahaja. Jujurnya, mungkin ini dosa dan apa yang saya kena terima apabila lupa niat utama yang saya pernah janjikan dengan keluarga,” tuturnya.

Rafie memberitahu, ujian HIV ke atas Zam bagaimanapun didapati negatif dan berkemungkinan Rafie mendapatnya daripada lelaki-lelaki lain kerana dia mengakui ada berlaku curang di belakang Zam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI