fbpx

‘Tak guna betul…’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – “Tak guna betul ChatGPT ni… Ingat boleh membantu,” gurau Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Instastory beliau hari ini.

Bekas pemimpin UMNO itu difahamkan meminta platform kecerdasan buatan (AI) ChatGPT untuk membantunya mencari parti yang sesuai untuk disertai sebagai ahli.

Bagaimanapun soalan Which party should Khairy Jamaluddin choose (Parti mana yang harus dipilih oleh Khairy Jamaluddin) tidak mendapat jawapan yang diperlukan.

Jelas aplikasi itu, ‘dia’ tidak mempunyai pandangan peribadi mengenai soalan yang dilontarkan bekas Menteri Kesihatan itu.

“Sebagai model AI, saya tidak boleh bersikap untuk condong kepada mana-mana parti. Keputusan parti politik mana yang akan disertai adalah bersifat peribadi dan bergantung kepada pelbagai faktor seperti kepercayaan, nilai dan matlamat individu.

“Akhirnya terpulang kepada Khairy untuk menentukan parti mana yang paling sesuai dengan pegangan dan prinsipnya sendiri dan parti mana yang dirasa akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundinya dan negara secara keseluruhannya,” jawab ChatGPT.

Terdahulu, bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO pada 27 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI