fbpx

Hari keempat pencarian komando lemas, aset TLDM digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR Lans Koperal Edrin memasuki hari keempat hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25, yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan, Selasa lalu diteruskan pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi itu akan turut dibantu oleh aset dan khidmat anggota daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ujarnya, setakat semalam pencarian meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi bagaimanapun gagal menemui sebarang petunjuk.

“Operasi SAR diteruskan pada hari ini iaitu hari keempat dengan penambahan bantuan daripada TLDM.

“Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) juga telah memaklumkan kejadian ini kepada rakan sejawat di Indonesia untuk memberi perhatian di perairan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang anggota Tentera Darat yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor lemas dalam keadaan memakai pakaian kursus serta peralatan menyelam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya telahpun memaklumkan kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia bagi membantu operasi tersebut.

Sehingga semalam, sektor pencarian mangsa meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi dengan sebanyak 18 aset telah diatur gerak ke lokasi yang terdiri daripada 15 aset laut dan tiga aset udara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI