fbpx

Syatilla, Shaheizy Sam sambut ‘anniversary’ di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYATILLA Melvin dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 yang juga tarikh lahir Syatilla.

PETALING JAYA – Terkenal dengan perangai gila-gila, namun pelakon Syatilla Melvin memilih dekat dengan Allah untuk sambutan ulang tahun perkahwinan ketujuhnya yang lebih bermakna bersama suami, aktor Shaheizy Sam.

Syatilla, 32, menzahirkan rasa syukur kerana peluang tersebut dianggap sebagai rezeki luar biasa buatnya dan suami apabila dapat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut semalam di Tanah Suci Mekah.

“Allahuakbar. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki luar biasa ini Ya Allah.

“Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan Multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ketujuh Ya Allah,” tulisnya.

Sebak dengan momen indah yang dikurniakan, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada masa sama turut memohon agar segala hajat dan doanya bersama suami dikabulkan Allah.

“Semoga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati. Selamat ulang tahun sayang @shaheizy_sam #8Feb2016,” katanya lagi.

Lebih manis, bukan hanya ulang tahun perkahwinan, semalam juga merupakan tarikh kelahiran Syatilla yang ke-32.

Menerusi perkongsian InstaStory kakaknya, Syafiqa Melvin yang diulang siar, Syatilla berpeluang solat di dalam Hijr Ismail selepas beberapa hari gagal masuk ke situ disebabkan terlalu sesak dengan jemaah lain.

“Hadiah terbesar untuk dia, dapat solat dalam Hijr Ismail semalam selepas berhari-hari gagal masuk, berjuta manusia, Allah selit rezeki,” tulis Syafiqa.

Syatilla dan Shaheizy menunaikan ibadah umrah bersama Syafiqa dan juga adiknya, Syida Melvin berserta suami, Shafiq Shaheen.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan popular itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan anak kedua Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy, 10 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI