fbpx

EPL: Manchester City hadapi getir paling hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN dan Silva antara pemain yang dijangka meninggalkan City pada jendela perpindahan musim panas nanti. – AFP

LONDON – Manchester City tidak hanya berdepan tersingkir ke divisyen lebih bawah, malah juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu berisiko ‘lumpuh’ sekiranya ramai tonggak utama membuat keputusan meninggalkan pasukan pada musim panas akan datang.

Menurut laporan, situasi semasa kelab yang berpotensi dikenakan hukuman berat sama ada penolakan mata, membayar pampasan dan paling teruk boleh disingkirkan daripada saingan EPL sekiranya bersalah meletakkan usaha City untuk menandatangani pemain baharu berada dalam situasi tidak menentu.

Tambah sukar, beberapa tonggak utama seperti Kevin De Bruyne juga makin dimamah usia dan akan menjangkau 32 tahun Jun ini, manakala Ilkay Gundogan yang akan tamat kontrak pada musim panas kali ini sudah pun menarik minat Barcelona.

Mengulas lanjut mengenai situasi ini, bekas Ketua Penyiasat UEFA, Yves Leterme menyatakan pihak pengurusan Liga Perdana Inggeris mempunyai kes yang lebih kuat kali ini untuk mendakwa City selepas kelab itu terselamat apabila Mahkamah Timbang Tara (CAS) membatalkan keputusan penggantungan dibuat oleh UEFA tiga tahun lalu.

Selepas dipalit kecewa ekoran pembatalan keputusan oleh CAS, Leterme yakin Liga Perdana Inggeris memiliki asas lebih kuat untuk melakukan pendakwaan ke­rana City tidak lagi boleh me­rayu kepada badan antarabangsa.

“Ia menjadikan kes ini lebih kuat dengan siasatan lebih menyeluruh berbanding seliaan UEFA sebelum ini. Ini kerana, Liga Perdana Inggeris bebas untuk menyiasat keseluruhan dokumen kewangan mereka.

“UEFA hanya dibenarkan menyiasat perjalanan kewangan kelab untuk tempoh lima tahun sahaja, ia bermakna kami tidak boleh menggunakan banyak elemen penting, terdapat kekura­ngan kepada maklumat kewangan yang telus, malah kumpulan peguam mereka juga melakukan apa saja untuk menentang tugas juruaudit.

“Saya yakin penipuan itu dilakukan oleh Manchester City,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI