fbpx

Penyelia syarikat pembalakan cedera diserang beruang matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syukri menunjukkan gambar dan kesan kecederaan dialaminya akibat diserang seekor beruang matahari pada minggu lalu.

SETIU – Seorang penyelia syarikat pembalakan cedera pada bahagian muka dan bahu kiri akibat diserang seekor beruang matahari di Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu pada minggu lalu.

Mangsa, Mohd. Syukri Zakaria, 39, berkata, sewaktu kejadian, beliau dan seorang lagi rakan sekerjanya sedang membaiki paip kira-kira 500 meter dari rumah kongsi pekerja syarikatnya.

“Seekor beruang matahari muncul menyebabkan saya dan rakan sekerja berlari bertempiaran untuk menyelamatkan diri namun haiwan buas dapat menerkam muka saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Pelong di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Mohd. Syukri kemudiannya cuma menepis terkaman tersebut menggunakan bahu dan sikunya yang membuatkan beruang matahari terbabit semakin agresif.

Beliau berkata, haiwan liar berkenaan kemudiannya bertindak ganas menggigit bahu kirinya sebelum haiwan liar tersebut mula mengendurkan gigitannya apabila mendengar jeritannya laungan ‘Allahuakbar’.

Mohd. Syukri berkata, kecederaan dialami menyebabkan muka beliau menerima tujuh jahitan manakala bahu berlubang akibat gigitan beruang matahari tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI