fbpx

Mahkamah: Kontraktor mengaku salah guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronie mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - Foto oleh RAFIE AZIMI / KOSMO!

ALOR SETAR – Seorang kontraktor mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan kontrak pembersihan awam, empat tahun lalu.

Tertuduh, Ronie Maharudin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik Kembar Mega Enterprise bagi Oktober, November dan Disember 2018 sebagai tulen.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat E-Idaman Sdn. Bhd., Bandar Baru Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada 22 Februari 2019.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI