fbpx

Kayuh basikal 50km bersama Raja Muda Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (empat kanan) bersama barisan wakil penaja kayuhan menjunjung kasih 2022, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 menyasarkan penyertaan seramai 1,000 peserta mengelilingi daerah ini sejauh 50 kilometer (km) bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Program edisi ketiga anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu akan diadakan pada 12 Mac ini.

Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan berkata, kayuhan santai itu akan melibatkan sejauh 50km berbanding hanya 37km dan 22km pada dua edisi sebelum ini.

Katanya, ia akan merentasi dua bahagian daerah ini iaitu Klang Utara dan Klang Selatan.

“Keunikan pada edisi kali ini para peserta kayuhan akan merentasi dua buah jambatan yang menghubungkan dua bahagian utama Klang iaitu Jambatan Raja Muda Nala dan Jambatan Kota yang ada keunikan dan sejarah tersendiri jambatan tersebut.

“Kita menyasarkan sehingga 1,000 peserta dan sehingga kini seramai 300 sudah pun mendaftar untuk menyertai kayuhan bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah,” katanya dalam majlis pelancaran program itu, hari ini.

Menurut beliau, kayuhan tersebut akan mempromosikan tempat-tempat tarikan di sekitar bandar raya Klang.

Tambah Noraini, peserta juga akan menikmati pemandangan pembangunan infrastruktur yang tersusun, keindahan suasana bandar dan desa serta menikmati kawasan rekreasi Taman Bandar Bukit Raja.

“Peserta yang mendaftar boleh mendapatkan sehelai jersi, medal penamat, sijil elektronik, makanan serta cabutan bertuah.

“Kesemua itu adalah tajaan lapan syarikat antaranya Sime Darby Property Sdn. Bhd., Kossan Rubber Industries Berhad, Central Spectrum Sdn. Bhd. dan Samsung Electronics Sdn. Bhd.,” ujarnya.

Justeru, kata beliau, pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang
https://chckpointspot.asia/event/kayuhanmenjunjung-kasih-23 dengan bayaran RM50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI