fbpx

Penuntut IPT dicekup berkhalwat menyamar pengusaha kebun buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Seorang lelaki sanggup menipu penguat kuasa dengan mendakwa dia merupakan pengusaha kebun buah bagi mengelak identitinya sebagai penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) terbongkar selepas dicekup berkhalwat, di sini, malam tadi.

Pasangan masing-masing berusia 24 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di sebuah hotel di pusat bandar Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu cuba berdolak-dalik dengan mendakwa dia bekerja sebagai pengusaha kebun buah di Selangor.

“Namun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, dia dan pasanganya akhirnya mengakui mereka merupakan pelajar tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPT di sini,” katanya dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, pasangan itu turut memberikan alasan hanya ingin berehat di hotel itu selepas penat berjalan-jalan di pusat beli-belah.

“Bagaimanapun, alasan itu sama sekali tidak logik kerana asrama wanita itu dan rumah sewa pasangannya terletak tidak jauh dari pusat beli-belah dimaksudkan.

“Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI