fbpx

Jue Aziz disyaki dijangkiti influenza, sukar bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN hidung dan mata berair, Jue juga mengalami masalah pernafasan sehingga sukar tidur.

PETALING JAYA – Pelakon Jue Aziz berkongsi penderitaan yang dialaminya selepas disyaki diserang demam influenza sejak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Jue atau nama lengkapnya Zuliana Abdul Aziz, 40, berkongsi keadaan dirinya dalam keadaan tidak bermaya, selain hidung dan matanya berair.

“Tengoklah keadaan saya sampai kena pakai tuala untuk lap hingus yang asyik meleleh dan mata berair.

“Nasib baik balik rumah mak. Tak pasal-pasal mak kena layan saya macam bayi sebab tak larat nak buat apa-apa,” kongsinya.

Selain hilang deria rasa dan bau, Jue juga memberitahu kesan dijangkiti influenza turut menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan sehingga sukar tidur.

“Tak boleh tidur sebab kacau pernafasan. Kena bernafas melalui mulut hingga tekak berasa perit,” katanya.

Kongsi pelakon yang pernah membintangi drama Manjalara itu, dia telah pun melakukan ujian kendiri Covid-19 dan mendapati keputusannya adalah negatif.

“Batuk, sakit tekak, hilang deria rasa, demam dan berat kepala. Dah buat ujian Covid-19. Tapi bukan Covid (negatif),” kongsinya.

Pada masa sama, Jue turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya agar segera sembuh dan akan segera berjumpa dengan doktor.

“Terima kasih. Ramai yang hantar mesej dan mendoakan kesihatan saya. Saya amat menghargainya, semoga Allah SWT membalas doa-doa yang baik untuk kamu semua,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, ramai pengikut pelakon itu meminta agar Jue segera berjumpa doktor dan mendapatkan suntikan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan supaya tidak menjadi semakin teruk.

“Lebih baik ambil vaksin influenza untuk perlindungan. Vaksin ini boleh bertahan selama setahun,” kata seorang pengikutnya.

“Kalau influenza makan antibiotik memang tak berkesan. Doktor akan cadang untuk suntik vaksin influenza,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, influenza merupakan jangkitan virus yang senang dan boleh berjangkit melalui kontak cecair badan seperti kahak, hingus dan air liur.

Influenza juga tidak menyebabkan pesakit cirit-birit atau sakit perut kecuali kanak-kanak. Influenza merupakan jangkitan bermusim dan begitu ketara pada musim sejuk, tetapi berbeza di Malaysia, jangkitan berlaku sepanjang tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI