fbpx

Persembahan The Mask, Joker anak Jamal dapat ‘standing ovation’ juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persembahan memukau pasangan duo adik-beradik, Osama Yamani dan Zaki Yamani pada pentas akhir Famili Duo memikat hati juri, Mas Idayu dan Ajai sehingga diberi tepukan ‘standing ovation’.

Tampil dengan persembahan kreatif menyanyikan tiga buah lagu secara medley, konsep yang ditampilkan anak-anak kepada Raja Pop Jamal Abdillah itu turut menarik perhatian apabila membawakan karakter popular sebagai The Mask dan Joker.

Menurut Mas Idayu, persembahan Osama dan Zaki layak diberi penghormatan kerana tampil berani membawakan konsep berbeza.

“Kamu berdua tampil dengan konsep yang berani. Saya rasa baba awak (panggilan untuk Jamal) pun tidak pernah membawakan persembahan seperti ini,” kata Mas Idayu.

Sementara itu, Ajai turut berpendapat, persembahan dua jejaka itu menerusi medley Bunga, Hutang dan Kau Pun Sama, lain daripada yang lain bahkan menjadi diri sendiri tanpa lagi dibayangi bapa mereka.

Atas persembahan bertenaga itu, Mas Idayu meminta sendiri Osama untuk memberikan markah untuk persembahan mereka.

Seperti yang diminta, Mas Idayu dan Ajai sepakat memberikan markah penuh kepada persembahan Zaki dan Osama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI