fbpx

Pelajar sekolah maut dirempuh Mercedes Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-dua motosikal yang dinaiki mangsa selepas dirempuh sebuah kereta.

JASIN – Seorang pelajar tingkatan empat maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi  mereka dirempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz di Jalan Bemban-Jasin di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 12.22 tengah malam itu, mangsa, Raja Zuhairi Najmi Raja Din, 16, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, ketika kejadian mangsa dan rakannya Muhammad Adam Shaiful Amran, 16, masing-masing menunggang motosikal jenis Honda Wave dan Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Jasin ke Bemban.

“Setiba di lokasi, tiba-tiba sebuah kereta jenis Mercedes Benz dipandu warga emas berusia 72 tahun yang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu memasuki laluan mangsa.

“Kedua-dua remaja itu bagaimanapun gagal membrek dan telah bertembung dengan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, akibat rempuhan itu, Raja Zuhairi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala rakannya mengalami cedera ringan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI