fbpx

Menu Rahmah di IPTA selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin menunjukkan Menu Rahmah yang disediakan di Samballana Bistro, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melancarkan Menu Rahmah di 20 kafe institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang selepas Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu adalah sebagai permulaan sebelum program tersebut akan diperluaskan ke IPTA lain di seluruh negara serta di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi lain.

Beliau berkata, kementeriannya dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bekerjasama bagi memuktamadkan pengenalan Menu Rahmah di semua IPTA selain institusi lain yang berminat di seluruh negara.

“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi maklum balas positif dan sangat bersetuju pengenalan Menu Rahmah di kafe-kafe IPTA seluruh negara.

“Pegawai daripada kedua-dua kementerian akan bertemu dalam masa terdekat bagi segera menyelaraskan pengenalan Menu Rahmah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Menu Rahmah di Samballana Bistro, di Bandar Dato Onn di sini hari ini.

Menu Rahmah di Samballana Bistro itu membabitkan hidangan makanan barat iaitu chicken chop bersama minuman mangga pudina berharga RM5.

Kelmarin, lebih 15,000 restoran dan premis dilaporkan menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI