fbpx

‘Label Sophia sebagai pelacur sangat melampau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR Sulaiman pernah bergandingan dengan Sophia AlBarakbah dalam drama berjudul Cinta Hilang Kata.

PETALING JAYA – Pelakon senior, Azhar Sulaiman menganggap perbuatan melemparkan kecaman terhadap aktres yang didakwa sebagai pengacau suami orang, Sophia AlBarakbah hingga melabelnya sebagai pelacur sebagai melampau.

Katanya, kecaman melulu dibuat sesetengah pihak terhadap isu yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya sampai bila-bila adalah satu fitnah besar.

“Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama termasuklah tampan macam Mami (dirinya).

“Tak baik label Sophie seperti pelacur. Fitnah besar tu. Kita takkan tahu hal sebenarnya, jadi lebih baik jangan berlebihan dalam memberi komen,” kongsinya membalas komen pengikut Instagram.

Hantaran yang dikongsi pelakon berusia 51 tahun itu merujuk kepada video pendek yang dipercayai babak dalam sebuah drama bersama Sophia.

Azhar yang menggelarkan dirinya dengan panggilan Mami membuat perkongsian mengenai Sophia selepas beberapa rakan terdekat bertanyakan nombor telefon aktres berkenaan.

Pada masa sama, bintang Abang 92 itu turut mempertahankan Sophia yang terkait isu rumah tangga penyanyi Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz dengan mengesahkan tiada masalah bergandingan dengannya pelakon berdarah campuran berkenaan.

Tambah Azhar, isterinya Chempaka Emalin Pahamin tiada kegusaran selain menaruh kepercayaan terhadap Sophia.

“Kalau pelakon lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan Sophia AlBarakbah selepas ini, tidak mengapa Mami tak keberatan langsung.

“Berani sebab isteri saya mempercayai Sophia, malah makin banyak tawaran untuk saya,” tulisnya lagi.

Sementara itu, dalam hantaran lain Azhar menegaskan perkongsian ingin menjadi hero di sisi Sophia sekadar gurauan, sebaliknya intipati utama cuba disampaikan adalah dia berada di pihak aktres terbabit.

“Sebagai abang dan rakan yang pernah bekerja dengan Sophia, saya cuma mahu tunjukkan saya berada di sebelah pihaknya.

“Manalah ada produser mahu ambil saya jadi hero. Saya terpanggil ‘back-up’ Sophia sebab ada artis yang kutuk dan minta dia digam stesen televisyen.

“Netizen yang baca hantaran saya sila berfikir dua kali sebelum komen kerana setiap perkongsian ada sindiran atau usikan tertentu. Saya tak hadap jadi hero kembali, masa saya sudah berlalu,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang heroin mengakui ‘tersuka’ suaminya selepas mereka bergandingan menerusi drama berjudul Ku Akad Kau Dengan arahan Osman Ali.

Pendedahan ibu kepada dua anak itu mengakibatkan beberapa selebriti lain turut lantang meluahkan kemarahan, malah ada yang meminta pelakon bermasalah membabitkan hubungan curang di set digam stesen televisyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI