fbpx

Kerajaan benarkan penjualan mercun dan bunga api – KPKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming bersama Ahmad Zahid dan Fadillah menyaksikan persembahan tarian singa di Majlis Jalinan Muhibbah Tahun Baharu Cina 2023 anjuran KPKT hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya akan mula berkuatkuasa pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperincikan garis panduan berkenaan.

“Kami juga akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.

“Secara dasarnya Kabinet telah bersetuju semalam (membenarkan perjualan mercun dan bunga api,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah Tahun Baharu Cina 2023, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ujar beliau, garis panduan itu kelak akan membantu mengawal aktiviti penjualan bunga api dan mercun di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.

Bagaimanapun, katanya, pembakaran mercun dan bunga api dihalalkan tetapi tertakluk kepada permohonan lesen, duti import, peraturan serta garis panduan itu kelak.

Kor Ming berkata, pihaknya percaya garis panduan itu akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.

Menurutnya, dasar baharu itu dijangka akan memeriahkan lagi sambutan setiap perayaan di Malaysia.

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat tidak kira Tahun Baru Cina, Deepavali, Aidifitri dan juga Krismas.

“Jika ia dibenarkan kelak, orang awam boleh membeli mercun di kedai-kedai dan pusat membeli- belah apabila ia diumumkan kelak,” katanya.

Ditanya sama ada pengguna perlu mendapatkan lesen sama, Kor Ming berkata, perkara itu tidak diperlukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI