fbpx

Tarikh kahwin Joong-ki, Katy bukan Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG Joong-ki sudah mendaftar perkahwinannya dengan Katy Louise Sanders.

PENGUMUMAN kesediaan bintang terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki untuk menamatkan zaman bujang dengan aktres Britain, Katy Louise Sanders mencetuskan pelbagai khabar angin.

Lebih menarik, antara peminat yang mendakwa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac ini.

Enggan membiarkan lebih banyak spekulasi bertebaran, pihak agensi Joong-ki tampil mengeluarkan kenyataan tentang perancangan artis mereka.

“Perkahwinan mereka masih dalam perancangan tetapi tidak akan terjadi pada Mac. Buat masa ini tiada sebarang acara yang telah ditetapkan.

“Mengenai kelahiran bayi, sukar untuk memberi pengesahan kerana itu urusan privasi,” ujar wakil HighZum Studio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI