fbpx

Rumah pasangan ‘Song-Song’ sudah dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN popular yang digelar 'Song-Song Couple' ini berpisah pada 2019.

RUMAH mewah yang pernah didiami bekas pasangan selebriti popular Song Joong-ki dan Song Hye-kyo dilaporkan telah dirobohkan baru-baru ini.

Memetik laporan Soompi, perancangan awal untuk merobohkan rumah yang tidak lagi didiami itu sepatutnya dijalankan Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, kerja tersebut tertangguh disebabkan beberapa perkara.

Rumah yang terletak di Itaewon-dong itu dikenali ramai sebagai rumah perkahwinan pasangan ‘Song-Song’.

Pasangan itu membelinya pada harga 12 bilion Won (RM42.12 juta) pada November 2016.

Selepas mereka bercerai pada 22 Julai 2019, Joong-ki dikatakan telah melakukan pengubahsuaian kediaman itu selama setahun.

Keadaan itu membuatkan penduduk setempat memprotes mengenai kerja-kerja ubah suai yang menyebabkan gangguan bunyi bising.

Dikatakan, harga pasaran tanah di kediaman berkenaan telah melonjak sebanyak 54.6 peratus kepada 7.25 bilion won (RM25.4 juta) berbanding ketika pelakon itu membelinya.

Untuk rekod, pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata itu bersetuju membawa haluan hidup masing-masing selepas dikatakan tiada persefakatan dalam hubungan sebagai suami isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI