fbpx

Ah Long ‘Song Joong-ki’ berubah jadi pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dennis kini telah berhijrah dan bergelar pendakwah bebas. – Instagram @kohdennislim

JAKARTA – Kisah seorang lelaki di Indonesia yang berhijrah daripada bergelar seorang bookie judi kepada pendakwah bebas menarik perhatian ramai apabila wajahnya turut disamakan dengan aktor popular Korea Selatan, Song Joong-ki, lapor portal berita Wolipop.

Lelaki bernama Dennis Lim itu berkata, dia dahulunya menjalankan perniagaan kasino dan turut bergelar ‘Ah Long’.

Kasino itu kemudian terpaksa ditutup selepas dia bankrap. 

“Hidup saya bagaikan roller coaster. Semasa kecil, saya sering dibeli mainan namun apabila dewasa, keadaan kewangan mengalami kesempitan,” ujarnya.

Tambah Dennis, dia masih mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang perjudian di Thailand selepas memutuskan untuk berhijrah dan meninggalkan dunia perjudian.

“Sempat juga berada dalam dilema disebabkan iman amat lemah ketika itu dan tidak berani menolak,” ujarnya.

Tambahnya, dia ketika itu tetap menunaikan solat lima waktu walaupun terlibat dalam perniagaan judi.

Dennis bagaimanpun meminta petunjuk tanpa henti agar ditetapkan hatinya untuk berhijrah dan meninggalkan bidang perjudian.

“Semuanya berubah apabila seorang guru memberitahu saya bahawa dalam solat kita ada menyebut ayat yang bermaksud ‘tunjukkan kami jalan yang lurus’.

“Walaupun sering mengucapkan ayat itu, saya tetap ‘berjalan’ ke arah yang tidak lurus (judi). Disebabkan ayat itu, pada 2017, saya benar-benar berhijrah,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI