fbpx

Song Joong-ki hampir tolak tawaran bintangi Vincenzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JOONG-KI

AKTOR terkenal Song Joong-ki mendedahkan bahawa dia pada mulanya pernah berasa teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon dalam drama hit Vincenzo.

Hal ini kerana, dia bimbang sekiranya tidak dapat mengemudi jenaka kerana pengarah drama tersebut, Park Jae-beom cukup terkenal dengan genre komedi.

“Ketika kali pertama bertemu pengarah dan penulis selepas menerima skrip drama, timbul perasaan tidak pasti dalam diri.

“Saya sangat risau sebab Jae-beom cukup terkenal menerusi naskhah lucu. Tetapi sekarang fikiran saya sudah berubah. Kalau saya tidak buat untuk naskhah ini, sangat merugikan,” katanya ketika muncul dalam sebuah temu bual baru-baru ini.

Menerusi drama tersebut, Joong-ki memegang watak sebagai Vincenzo Cassano iaitu seorang peguam untuk kumpulan mafia Itali.

Watak tersebut meraih perhatian luar biasa penonton kerana sikapnya yang kelihatan dingin tetapi lembut hati.

Vincenzo sudah pun menamatkan siarannya menerusi episod akhir pada 2 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI