fbpx

Pekerja pembersihan wakaf dua unit mesin hemodialisis bernilai RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALIPULIZAN melihat mesin hemodialisis yang diwakafkan buat kegunaan pesakit di Bangunan Wakaf Pusat Perkhidmatan Hemodialisis MAIPs-HTF di Kangar.

KANGAR – Seorang pekerja pembersihan berjiwa murni apabila sanggup menggunakan wang hasil jualan tanah untuk membeli dua unit mesin hemodialisis bernilai RM80,000 bagi kegunaan pesakit buah pinggang di negeri ini.

Khalipulizan Mansur, 54, mewakafkan dua unit mesin tersebut di tempat dia bekerja iaitu Bangunan Wakaf Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) – Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Menurutnya, sumbangan itu adalah sebagai ‘saham’ akhiratnya dalam membantu pesakit buah pinggang.

“Selain itu, saya berdoa agar sumbangan ini juga dapat memberikan pahala berterusan kepada arwah datuk dan nenek saya iaitu Allahyarham Ibrahim Abdullah dan Rafiah Saad yang merupakan pemilik asal tanah itu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Katanya, dia memperoleh hak tanah seluas kira-kira satu hektar itu yang diwasiatkan oleh datuk dan neneknya sebelum mereka meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.

“Apabila mereka meninggal dunia, saya memang berniat untuk mewakafkan mesin ini bagi memberi limpahan pahala berterusan kepada arwah datuk dan nenek,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI