fbpx

Wanita terima buah pinggang babi, jantung mekanikal serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisano menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir dan kegagalan jantung. - GETTY IMAGES

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita berusia 54 tahun selamat menjalani pemindahan buah pinggang babi dan jantung mekanikal, yang merupakan pembedahan gabungan pertama seumpamanya di dunia, lapor akhbar Metro UK.

Lisa Pisano, dari New Jersey ialah antara pesakit yang sukar menerima pemindahan jantung dan buah pinggang kerana kekurangan pendermaan organ manusia itu. 

Dia juga mempunyai peluang tipis atas faktor kesihatannya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir dan kegagalan jantung.

Pakar bedah NYU Langone Health menjalankan prosedur secara dua peringkat pada awal bulan ini di New York, dan selepas dua minggu pembedahan dilakukan, Pisano tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan organ.

Pisano merupakan pesakit kedua yang masih hidup selepas menerima pemindahan buah pinggang babi.

Sebelum ini, seorang pesakit, Richard Slayman, 62, juga menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir dan dibedah di Boston pada Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI