fbpx

Pekerja kilang belacan didakwa bunuh teman lelaki isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanabalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk intan hari ini atas pertuduhan membunuh kenalan yang mengganggu isterinya, dua minggu lalu. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TELUK INTAN – Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh teman lelaki isterinya dalam kejadian di Langkap, dua minggu lalu.

Tertuduh, D. Tanabalan, 42, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret T. Ashvinii, manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa membunuh S. Sundararaj, 32, di tepi Jalan Taman Dato’ Nazri Langkap dalam daerah Hilir Perak pada pukul 6.30 petang hingga 8 malam, 5 April 2024.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam selain mahkamah menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan forensik dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan lelaki dikenali D. Tanabalan, 42, bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan mangsa berusia 32 tahun.

Mangsa dibawa ke zon merah Wad Kecemasan Hospital Teluk Intan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan luka di dada dan leher dipercayai akibat senjata tajam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI