fbpx

Motosikal ‘rider’ dicuri ketika hantar bungkusan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengambil peluang mencuri motosikal pekerja kurier ketika dia menyerahkan bungkusan kepada penerima di sebuah rumah. - INSTAGRAM @memomedsos

JAKARTA – Sebuah video tular di platform media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki mencuri motosikal pekerja kurier yang sedang menghantar bungkusan di sebuah rumah.

Akhbar Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku di Jalan Garuda, Asahan, dalam wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @memomedsos, pekerja kurier tersebut meletakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum berjalan menuju ke sebuah rumah untuk menghantar bungkusan.

Melihat peluang itu, pencuri segera melarikan motosikal tersebut. 

Pekerja kurier itu didengari menjerit, menyebabkan penduduk tempatan mengejar dan berjaya menahan pencuri berkenaan. 

Pencuri tersebut kemudian dibelasah oleh penduduk dan dibawa ke balai polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI