fbpx

‘Kami tiada pilihan, terpaksa walau mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ah Tat menukar minyak gear sebuah kenderaan di bengkelnya di Jalan Bakar Sampah, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Pemilik kenderaan hanya mampu mengeluh apabila minyak gear tetap perlu ditukar apabila tiba tempoh penyelenggaraannya walaupun harganya mahal.

Seorang pemilik kereta, Mat Darus Saidin, 52, berkata, terbaru, kenaikan minyak gear satu liter antara RM8 ke RM10 sebotol memang membebankan mereka.

“Memang minyak gear ini bukan selalu ditukar tetapi bagi pemilik kenderaan yang menggunakan kereta jenama buatan Malaysia kita perlu kerap menukar minyak ini sebagai langkah memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, dia juga tidak sanggup menggunakan minyak gear keluaran negara jiran kerana sangsi dengan ketulenannya ­biarpun ia boleh didapati dengan harga lebih murah.

Seorang lagi pengguna, Ahmad Solihin Abd. Sani, 32, berkata, setakat ini dia tidak kisah kenaikan harga minyak gear itu kerana kebanyakan harga barangan lain ketika ini sudah meningkat.

“Kita pengguna kenderaan perlu bersedia dalam situasi ini tetapi harga itu perlulah logik. Jangan hingga menekan golongan kurang mampu,” katanya.

Seorang pemilik bengkel, Chai Ah Tat, 48, berkata, harga minyak gear ini mula meningkat setahun lalu dan dijangka akan meningkat lagi pada bulan ini.

“Saya dimaklumkan oleh pembekal semua minyak untuk kegunaan kereta akan alami kenaikan ekoran mata wang kita jatuh berbanding mata wang asing.

“Semua pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu berkaitan harga sesuatu barang agar mereka mudah membuat keputusan,” katanya.

Ujarnya, dia turut memberi pilihan kepada pelanggan membeli dan memilih minyak gear dari kedai menjual alat ganti kenderaan dan hanya kenakan upah RM8 untuk proses menukar mi­nyak di bengkelnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI