Di tengah kebimbangan global terhadap krisis perang dan ketidaktentuan bekalan petroleum, sekumpulan penyelidik dari Korea Research Institute of Chemical Technology (KRICT) di Daejeon, Korea Selatan tampil dengan inovasi yang berpotensi mengubah masa depan tenaga. Mereka membangunkan teknologi pemangkin baharu yang mampu menukarkan karbon dioksida (CO2) serta hidrogen kepada bahan api cecair, sekali gus membuka jalan kepada penghasilan petrol sintetik secara lebih bersih dan lestari. Dalam kata lain, mereka menghasilkan minyak dari udara atau atmosfera! Menurut salah seorang penyelidik, Jingyu Chen……














