fbpx

Ibu tidak pernah lihat kapal terbang sampai Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dari India ini berjaya membawa emaknya berjalan-jalan ke Singapura.

PETALING JAYA – “Kasih ibu sampai ke syurga, kasih bapa sepanjang masa” mungkin bertepatan dengan kisah tular lelaki dari India ini.

Kisah inspirasi lelaki dari India ini pernah tular di media sosial kerana berjaya membawa emaknya berjalan-jalan ke Singapura.

Jelas lelaki yang menggelarkan namanya Dattatray Jadhav itu, perjalanan tersebut merupakan pertama kali emaknya keluar negara dan naik kapal terbang.

Malah emaknya tidak pernah tengok kapal terbang secara dekat kerana menetap di sebuah kampung pedalaman di negaranya.

Paling menarik apabila emaknya adalah wanita kedua dari kampungnya yang naik kapal terbang selepas isterinya.

“Saya bukannya dari keluarga senang, emak dan ayah banyak berkorban untuk pendidikkan sehinggalah saya berjaya,” jelas lelaki itu yang kini seorang pekerja profesional di Singapura.

Apa yang menyedihkan adalah apabila lelaki tersebut terkilan tidak dapat bawa ayahnya kerana telah meninggal dunia.

Kata lelaki itu lagi, ini adalah impian dia nak bawak emaknya keluar negara dan terharu sebab wanita terbabit begitu gembira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI