fbpx

CDC gesa orang ramai henti guna ubat titis mata EzriCare

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna. – EzriCare

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa doktor dan pesakit agar berhenti menggunakan satu jenama ubat titis mata selepas ia dikaitkan dengan 50 kes jangkitan bakteria serta satu kematian di Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post semalam.

CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna.

Ubat titis mata jenama itu adalah bebas pengawet dan tidak mempunyai sebarang bahan yang menghalang jangkitan bakteria daripada berlaku.

“CDC menyarankan agar semua pengamal perubatan dan pesakit segera menghentikan penggunaan  EzriCare Artificial Tears sehingga siasatan epidemiologi dan analisis makmal selesai,” kata laporan yang dikeluarkan CDC.

Berdasarkan ujian yang dijalankan agensi tersebut ke atas botol terbuka EzriCare, ia menemui bakteria Pseudomonas aeruginosa yang kebal terhadap antibiotik carbapenem serta antibiotik ceftazidime dan cefepime.

CDC turut menguji bakteria itu untuk melihat sama ada ia sepadan dengan varian dalam jangkitan yang dilaporkan.

Sementara itu, syarikat EzriCare yang berpangkalan di New Jersey mengeluarkan kenyataan minggu lalu bahawa pihaknya tidak diarahkan untuk menarik balik mana-mana produk ubat titis mata serta tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna.

“EzriCare sedia maklum dalam beberapa hari lepas bahawa CDC sedang menjalankan siasatan berterusan berkaitan kejadian buruk melibatkan pelbagai ubat titis mata yang boleh dibeli di farmasi,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan sama, EzriCare tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna atau laporan insiden buruk berkaitan siasatan CDC setakat ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI