fbpx

Virus FLiRT menular di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Varian FLiRT yang digelar KP.2 membentuk kira-kira satu perempat daripada kes Covid-19 baharu. – Adobe Stock/HealthDay News

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran mengenai mutasi baharu Covid-19 dinamakan FLiRT, lapor agensi berita United Press International semalam.

CDC menyatakan, varian itu dikesan dalam sampel air kumbahan, manakala pemantauan kes antara 14 April hingga 27 April lalu menunjukkan varian FLiRT merangkumi  satu perempat daripada keseluruhan kes baharu Covid-19 di Amerika Syarikat.

Ia meletakkan FLiRT di hadapan strain dominan sebelum ini iaitu varian JN.1 yang membentuk  22 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19, demikian menurut CDC.

Bercakap kepada laman berita WebMD, Dekan Fakulti Kesihatan Awam Universiti Yale, Dr. Megan Ranney berkata, varian FLiRT menunjukkan beberapa perubahan yang membimbangkan. 

Salah satunya adalah peningkatan protein virus tersebut  yang digunakan untuk menyerang tubuh manusia.

Kemunculan FLiRT juga membimbangkan pakar-pakar ketika kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan. 

Antara gejala pesakit  dijangkiti varian FLiRT termasuk demam atau rasa seram sejuk, batuk, sakit tekak, hidung berair, sakit kepala, sakit otot, sukar bernafas dan kelesuan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI