fbpx
ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng mwmbantu seorang mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat ketika melakukan pemantauan di Kampung Parit Jayus serta Parit Basri Darat, Batu Pahat.

Banjir: Kota Tinggi pulih sepenuhnya, Segamat dan Batu Pahat masih digenangi air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Setelah lebih seminggu dilanda banjir, daerah Kota Tinggi akhirnya pulih sepenuhnya daripada banjir selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Kampung Perpat ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, penutupan PPS tersebut menyaksikan seramai 41 mangsa banjir membabitkan enam keluarga dari Kampung Perpat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut.

Beliau berkata, hanya tinggal dua daerah sahaja lagi yang masih terkesan akibat banjir iaitu di Batu Pahat dan Segamat melibatkan 936 penduduk daripada 267 keluarga di sembilan PPS.

“Di Batu Pahat seramai 873 mangsa daripada 247 buah keluarga ditempatkan di enam buah PPS manakala di Segamat, seramai 63 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, paras Sungai Bekok, Batu Pahat kini mencecah 18.75 meter (m) iaitu melepasi paras bahaya 18.70m.

Katanya, Sungai Muar Buloh Kasap, Segamat pula berada pada paras amaran dengan bacaan 8.58m.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan air naik manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup disebabkan tanah runtuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN