fbpx

GLC bawah Kementerian Kewangan cari tanah terbiar, jamin sekuriti makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (empat dari kanan) bergambar pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan sedang mencari tanah-tanah kosong dan terbiar untuk menjalankan pertanian moden sebagai salah satu langkah menjamin sekuriti makanan dalam negara.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut merupakan maklum balas kepada kerajaan negeri yang meminta kerajaan Pusat memberi perhatian dalam sektor pertanian dalam pembentangan Bajet 2023 akan datang.

“Kerajaan Pusat ingin mencari tanah kosong, tanah terbiar yang GLC di bawah Kementerian Kewangan boleh menyewa atau memajak tanah itu bagi mewujudkan pertanian moden bagi memastikan sekuriti makanan kita terjamin.

“Itu cadangan balas saya tadi dari dialog, apabila Pengarah Belanjawan maklumkan kepada saya, keperluan itu ada, apa yang pasti kami ingin menugaskan GLC kami di bawah Kementerian Kewangan yang diperbadankan, mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membangunkan tanah-tanah terbiar yang ada strategik daripada segi pertanian,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurut Ahmad, Negeri Sembilan merupakan lokasi kedua penganjuran sesi dialog tersebut selepas Selangor yang diadakan semalam dan ia akan turut dilaksanakan di Pulau Pinang, Johor dan Perak.

“Di Negeri Sembilan, antara cadangan dan perkara disentuh adalah mengenai peruntukan penyelenggaraan bangunan, empangan, jalan Persekutuan, perumahan generasi kedua Felda, kenaikan kos sama ada tarik elektrik kepada industri, mengenai teknologi, pelaburan yang berkualiti serta mengenai pembinaan Lebuh Raya Seremban – Kuala Pilah – Jempol,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI