fbpx

Proton Commerce agihkan 22,467 pinjaman kepada pembeli kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton Commerce menyediakan kemudahan pembiayaan kepada bakal pembeli kenderaan Proton. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cabang pinjaman kewangan Proton, Proton Commerce Sdn. Bhd. (Proton Commerce) telah mencatatkan rekod baharu bagi pengeluaran pinjaman pada tahun ini yang mana jumlah pengeluaran pinjaman meningkat sebanyak 54 peratus.

Proton Commerce yang ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 adalah usaha sama antara Proton Edar dan CIMB bertujuan untuk menyediakan pinjaman kewangan untuk pembeli Proton.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mooi Fi Phang berkata, tahun lalu pihaknya telah  mengeluarkan sebanyak 22,467 pinjaman kepada pembeli Proton.

Angka itu dicapai selepas lapan daripada dua belas bulan mencatat lebih daripada 2,000 pinjaman dengan bulan September mencapai angka tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak 2,872.

“Secara keseluruhan, pertumbuhan volum adalah sebanyak 54 peratus berbanding tahun 2021. Pada masa yang sama, perkembangan jumlah pengeluaran dicerminkan dengan peningkatan dalam kadar kelulusan pinjaman di mana bulan Mei dan Jun mencapai kadar kelulusan tertinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Fi Phang menerangkan, bermula dari suku keempat tahun 2021, Proton Commerce telah
menjadi peneraju pasaran  selama lima suku berturut-turut dan pada bulan November sebanyak  32 peratus daripada jumlah unit Proton Saga dibiayai olehnya, satu lagi tanda tinggi baharu.

“Proton menghadapi permulaan yang sukar bagi tahun 2022 dan ini memberi kesan kepada Proton
Commerce. Walau bagaimanapun, kami sempat memulihkan keadaan dan menebus semula peluang yang terlepas untuk muncul dengan rekod pengeluaran baharu.

“Untuk tahun 2023, kami menyasarkan untuk meningkatkan volum dan kadar kelulusan yang lebih tinggi lagi dengan mengambil kesempatan terhadap populariti berterusan model Proton serta pengenalan model baharu,” ujarnya.

Pada tahun 2023, Proton Commerce telah mengumumkan manfaat baharu untuk pelanggannya yang mana berkuat kuasa serta-merta, kesahihan Letter Of Undertaking (LOU) yang dikeluarkan akan dilanjutkan daripada 90 hari kepada 180 hari yang akan memudahkan pembeli model Proton yang menghadapi masa menunggu yang lama untuk varian pilihan mereka. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI