fbpx

Peminat sambut hari lahir Rosé di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSÉ

DALAM kumpulan Blackpink, Rosé merupakan ahli ketiga yang menyambut hari lahir sepanjang jelajah konsert Born Pink di Abu Dhabi.

Sama seperti dua anggota lain iaitu Jennie dan Jisoo, Rosé melengkapkan hari tersebut dengan kejutan istimewa yang tidak dapat dilupakan.

Sebelum ini, Jisoo dan Jennie masing-masing menyambut hari lahir mereka semasa konsert jelajah di Bangkok.

Meskipun akan menyambut hari lahir pada 11 Februari tetapi Blinks (gelaran peminat) di Abu Dhabi tidak mahu melepaskan peluang membuat kejutan kepada penyanyi itu.

Peminat memberi sebiji kek kepada Rosé semasa kumpulan tersebut melakukan persembahan di atas pentas.

Terharu dengan kejutan tersebut, penyanyi lagu On The Ground itu segera membalas kebaikan peminatnya.

Dia memberikan hadiah baju sweatshirt jelajah konset kepada Blink yang bertuah pada malam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI