fbpx

Dua pingat gangsa sasaran badang negara – Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ERRY bakal menjadi sandaran utama negara untuk membawa sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA Kemboja, Mei depan.

PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) menyasarkan dua butir pingat gangsa pada Sukan SEA Kemboja berikutan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin memberi tumpuan kepada pemburuan mata kelayakan tiket ke Olimpik Paris 2024.

Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, dua badang negara itu tidak disenaraikan dalam skuad Sukan SEA selepas jadual perlawanan bertembung dengan Kejohanan Asia 2023 di Korea Selatan pada Mei nanti.

Bagaimanapun, Amirul menegaskan, sasaran tersebut realistik memandangkan pihaknya hanya membawa dua pemenang pingat gangsa Sukan SEA Vietnam, Hanoi iaitu Muhammad Hafiz Shamsuddin dan Muhammad Erry Hidayat selain lima atau enam muka baharu.

“Percaturan ke Sukan SEA Kemboja sedikit terganggu ekoran beberapa negara turut tidak menyertai Sukan SEA kerana memberi tumpuan memburu mata kelayakan Olimpik Paris 2024.

“Saya dimaklumkan, dalam kategori 81 kg, ada juara dunia dari Indonesia tetapi kemungkinan dia tidak menyertai Sukan SEA selepas memberi tumpuan kepada kejohanan kelayakan. Oleh itu, ada peluang dapat pingat lebih daripada sasaran terutama Erry yang bersaing dalam kelas tersebut.

“Begitupun, buat masa ini, sasaran dua pingat gangsa, jika ada perubahan kategori, kita cuba untuk hadiahkan sesuatu yang lebih daripada sasaran awal,” kata Amirul ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Aznil dan Aniq yang bertan­ding dalam kategori sama iaitu 61 kg bakal bersaing dalam perebutan slot ke Paris memandangkan hanya satu kuota ditawarkan bagi setiap negara untuk satu kategori dipertandingkan.

Kedua-dua badang negara itu perlu menyertai dua kejohanan wajib untuk kelayakan iaitu di Kejohanan Dunia di Riyadh, Arab Saudi pada September dan Piala Dunia di Phuket Thailand pada April nanti.

Mereka juga perlu menyertai paling tidak tiga daripada lima kejohanan kelayakan yang lain antaranya seperti di Korea Selatan, Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI