fbpx

Chelsea terdesak dapatkan khidmat Enzo Fernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Fernandez dengan menawarkan yuran perpindahan tidak masuk akal sebelum jendela perpindahan ditutup. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan dengan bayaran lebih dari £105 juta (RM558.98 juta) untuk menebus klausa perpindahan bintang tengah mening­kat naik Argentina itu.

Difahamkan, Benfica dikatakan menolak bulat-bulat tawaran £105 juta skuad The Blues bagi mengaktifkan klausa dalam kontrak Fernandez.

Ketika ini, pemilik Chelsea, Todd Boehly telah membelanjakan lebih £500 juta (RM2.624 bi­lion) untuk mendapatkan 16 pemain baharu sejak musim panas lalu dengan yang terbaharu ialah Malo Gusto dari Lyon.

Bagaimanapun, bos Benfica, Roger Schmidt mengkritik tindakan terdesak Chelsea dalam usaha mereka untuk menandatangani Fernandez awal bulan ini.

“Ada kelab yang mahukannya dan cuba menariknya, tetapi mereka tahu bahawa mereka ha­nya boleh mendapatkannya jika bersedia membayar klausa itu.

“Mereka tidak menghormati kami semua. Mereka membuat pemain itu seperti gila. Mereka berpura-pura mahu membayar klausa dan kemudian mereka mahu berunding,” tegas Schmidt.

Jika Chelsea benar-benar memenuhi permintaan Benfica, ia bakal menjadi rekod perpindahan termahal sekali gus me­ngatasi rekod perpindahan Jack Grea­lish yang menyertai Manchester City dari Aston Villa 18 bulan lalu dengan nilai £100 juta.

Pemain Muda Terbaik pada Piala Dunia Qatar 2022 itu turut mengatasi rekod perpindahan termahal Chelsea mengatasi pembelian Romelu Lukaku dari Inter Milan dengan harga £97.5 juta (RM519.05 juta) tahun lepas.

Kini, segalanya terpulang kepada Fernandez untuk memilih sama ada menyertai Chelsea atau tidak selepas beberapa kelab gergasi dunia seperti Real Madrid mahupun Manchester United menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI