fbpx

Program tajaan pelajar generasi pertama keluarga miskin diperkemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) bergambar bersama warga kementerian KPT selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 di Kementerian Pengajian Tinggi, di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkemas dan melebarkan cakupan program SULUNG yang menaja pengajian percuma pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa ke perhatian jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.

“Sudah sampai masanya kita menggunakan pendidikan percuma untuk menamatkan kemiskinan.

“Kemiskinan mesti dibasmi dengan ilmu dan kemahiran, bukan bantuan sara hidup tidak berkesudahan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Perutusan Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.

Program SULUNG yang dilancarkan pada 26 Oktober tahun lalu merupakan inisiatif yang diperkenalkan KPT bertujuan untuk memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 tetapi kurang berkemampuan.

Terdahulu dalam perutusan yang disampaikan hampir dua jam itu, Mohamed Khaled membentangkan rencana bagi mengurus dan mengelola KPT dan sektor pendidikan tinggi nasional melibatkan 11 azam, hasrat, tekad dan fokus KPT.

Menerusi azam yang kesepuluh, beliau mahu memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan melalui tiga strategi termasuk program SULUNG.

Selain itu, katanya, kementerian akan meneroka ruang pendidikan yang anjal iaitu menggabungkan elemen bersemuka dan virtual dengan memanfaatkan platform digital dan teknologi.

Jelasnya, fungsi dan operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan diberikan nafas dan sentuhan baharu misalnya mengkaji kesesuaian menjadikan PTPTN sebuah tabung amanah nasional.

“Hasrat kita jelas. Pertama, kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN, ini penting untuk memastikan kelestariannya.

“Kedua kita mahu menjadikan PTPTN sebagai institusi endowmen nasional yang membolehkan semua orang dari dalam dan luar negara mempunyai ruang untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI