fbpx

Bina bangsal parkir tengah jalan, MBK ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parkir haram yang dibina individu tidak bertanggungjawan di tengah jalan raya di sebuah taman perumahan di Seri Mahkota, Kuantan.

PETALING JAYA – Pelik tapi benar, itulah perkataan sesuai untuk digambarkan terhadap tindakan individu yang membina sebuah parkir di tengah jalan.

Tindakan individu tersebut terbongkar selepas anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjalankan satu pemeriksaan semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi MBK, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Mahkota, Kuantan.

Jelas MBK, notis pengalihan telah dikeluarkan dan sekiranya gagal mematuhi arahan terbabit tindakan undang-undang akan dikenakan.

“Lagi kes luar biasa. Bangsal diletakkan di tengah jalan bagi tujuan parkir, kejadian berlaku di Seri Mahkota.

“Notis arahan pengalihan telah dikeluarkan. Atas kegagalan mematuhi notis , tindakan penguatkuasaan akan diambil,” tulis MBK.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu kerana telah menyusahkan jiran dan pengguna jalan raya yang lain.

“Mesti rakan tetangganya dah tegur beberapa kali tetapi tak boleh jalan juga, akhirnya MBK ambil tindakan atas aduan tersebut,” kata Razman Ghazali.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kamarul Azrin Nordin.

“Tak perlu saman, terus tunda dan robohkan sahaja bangsal itu. Bagi amaran keras pada orang lain yang buat atau berniat sama,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI