fbpx

Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin menyampaikan angpau kepada anak-anak yatim di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh hari ini. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim  berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di taman tema air, Lost World Of Tambun (LWOT) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda berdua turut diiringi, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenaan menggaul ‘yee sang’ dan menyampaikan angpow kepada 66 orang anak yatim daripada tiga buah rumah anak yatim di Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping.

Majlis santapan diiringi persembahan antaranya daripada Kumpulan Selendang Perak, Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh dan Chinese Chin Woo Athletic Association.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI