fbpx

Mangsa banjir di Pahang turun kepada 200 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN rumah penduduk di Kampung Jawa yang dinaiki air di Rompin hari ini.

ROMPIN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun kepada 200 orang hari ini berbanding 313 orang yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 63 keluarga di daerah Rompin itu ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Seramai 165 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Setajam, 26 mangsa daripada 8 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Denai dan 2 mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Jawa.

“Pasukan APM terus melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air dan juga kawasan berisiko banjir,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hanya Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI