fbpx

Sistem korupsi gugat ‘survival’ orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew hadir ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina ACCCIM di Wisma Chinnese Chamber, di sini hari ini. FOTO/ MUHAMAD IQBAL ROSLI ENGKU SHABIR

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan pertembungan antara kaum bukan punca sesuatu perniagaan itu tenggelam tetapi sistem korupsi yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas ‘survival’ (kelangsungan) orang Melayu di negara ini.

“Ia bukannya dicabar oleh ahli perniagaan Melayu, Cina atau India. Mahupun ahli perniagaan daripada Sabah dan Sarawak.

“Ia digugat oleh sistem yang korup, pemimpin negara yang tamak.

“Kita bukan bercakap tentang ‘survival’ Individu, parti politik mahupun kerajaan tetapi ini tentang negara untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini.

Justeru, kata beliau, semua pihak perlu bersatu tersebut supaya perkara itu boleh diubah dan kesejahteraannya dapat dinikmati semua rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI