fbpx

Hala tuju KJ, terpulang kepada beliau – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Khairy dan Anthony.

KUALA LUMPUR – “Hala tuju KJ (Khairy Jamaluddin) terpulang kepada beliau”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai mengulas pemecatan bekas Ahli Parlimen Rembau itu daripada parti UMNO.

Beliau berkata, setakat ini, tiada lagi permohonan daripada Khairy atau mana-mana pemimpin UMNO yang telah dipecat semalam.

“Mereka belum menyatakan hasrat mereka, jadi kita tak perlu ‘jump the gun’ (buat konklusi),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony menegaskan ia juga terpulang kepada pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk membuat pertimbangan sekiranya menerima permohonan.

“Kalau mereka ada buat permohonan, itu parti masing-masing akan pertimbangkan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy dipecat sebagai ahli UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI