fbpx

Dipecat amat menyakitkan tetapi satu keperluan- Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad

PETALING JAYA – “Dipecat amat menyakitkan tetapi satu keperluan,” jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Ujarnya, keputusan pemecatan itu bukannya atas keputusan Presiden semata- semata sebaliknya diputuskan atas syor Lembaga Disiplin UMNO

“Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti. Apakah parti akan pecah? Itulah naratif yang akan dieksploit oleh sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati.

“Parti sudah lama dipecah belahkan oleh mereka yang suka melawan keputusan parti. Selepas UMNO hilang kuasa di Pilihan Raya Umum ke-14 ada pemimpin menjauhkan diri dari UMNO kerana takut terpalit dengan kluster Mahkamah dan takut didakwa kerana telah dipanggil Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Mereka duduk di luar pagar. Adakalanya tikam parti dari belakang. Kini mereka dipecat atau digantung. Apa salahnya mereka sekali lagi duduk di luar pagar,” katanya.

Tambahnya, jika mereka yang dipecat semememangnya betul cintakan parti, rayuan perlu dibuat jika tidak mahu menunggu selama enam tahun.

Malam tadi, beberapa nama besar telah dilucutkan jawatan dari parti tersebut selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi.

Antaranya ialah bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Empat lagi ahli antaranya, Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Salim Shariff telah digantung keahlian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI