fbpx

12 Tahun Terindah buat Bunga Citra Lestari sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL sekali lagi menitiskan air mata saat terkenangkang arwah suaminya, semasa konsert di KLCC malam tadi.

KUALA LUMPUR – “Umpama rindu yang tidak pernah padam.”

Itu simbolik dalam setiap lantunan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sehingga tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu dendangan 12 Tahun Terindah pada konsert BCL Blossom Intimate di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) malam tad

Momen tersebut turut membuatkan sesetengah penonton yang hadir berada sebak dan menitiskan air mata.

Lebih membuatkan ramai mengalirkan air mata apabila persembahan tersebut turut memaparkan koleksi foto momen indah Bunga bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai BCL, lagu tersebut terhasil daripada semua memori pahit manis sepanjang 12 tahun bergelar isteri kepada Ashraf.

“Malam ini, saya ingin berbagi rasa indah dengan anda semua sepanjang 12 tahun kehidupan bersama Ashraf.

“Lagu ini bukan meratapi tetapi untuk merayakan kegembiraan yang Allah SWT beri selama 12 tahun terindah,” kata penyanyi berusia 39 tahun berkenaan.

Tambah pelakon filem Habibie dan Ainun itu, berada di Malaysia diibaratkan seperti pulang ke rumah keduanya yang penuh dengan nilai sentimental.

“Berada di sini tidak mudah tetapi demi anda semua, semangat saya terus melonjak.

“Konsert ini telah menyatukan semua rasa termasuk rindu, bahagia, sedih dan gembira. Terima kasih Malaysia,” katanya lagi.

Selain momen sedih, penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi bersama ibunya untuk lagu terakhir, Dance Tonight.

Bukan sahaja menjadi ‘rapper’ untuk persembahan ibunya, si cilik berusia 12 tahun itu juga lincah menari persis penari profesional sekali gus mengundang sorakan gemuruh penonton.

Menerusi konsert yang berlansung selama dua jam, BCL menyampaikan lebih 20 buah lagu hitsnya sejak bergelar penyanyi sekitar tahun 2006.

Antaranya ialah Cinta Sejati, Sunny, Wanita Terbahagia, Karena Ku Cinta Kau dan Saat Kau Pergi.

Selain itu, dia juga mengejutkan penonton apabila tampil berduet dengan Ariel menerusi lagu Menghapus Jejakmu dan Mencari Cinta meskipun vokalis kumpulan Noah itu tidak berada di Malaysia secara fizikal.

Menurutnya, Ariel merakam video nyanyian tersebut khas buat penonton konsert di Malaysia.

Acara tersebut turut dihadiri keluarga Ashraf termasuk ibu dan bapanya iaitu Mohamed Anthony John Sinclair, Khadijah Abdul Rahman serta adik perempuan Allahyarham, Aishah Sinclair. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI