fbpx

Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bayi perempuan berusia lapan bulan, September tahun lalu.

Tertuduh, Siti Aqilah Shahimi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang bayi perempuan berusia lapan bulan kira-kira pukul 6.20 petang di Taman Limbongan Permai, dalam daerah Melaka Tengah pada 7 September 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

Difahamkan tertuduh yang telah berkahwin mengasuh seramai lima orang kanak-kanak termasuk mangsa di rumahnya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 14 Mac depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI