fbpx

Landasan bengkok, APAD syor penggantungan projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan struktur jejambat di Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan gangguan jadual perkhidmatan LRT Laluan Ampang ketika ini.

PETALING JAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengesyorkan Datuk Bandar bagi menggantung pembangunan dan aktiviti terhad di zon perlindungan kereta api berhampiran stesen LRT Bandaraya yang berlaku penjajaran landasan bengkok (kinked) pagi tadi.

APAD dalam satu kenyataan berkata, penggantungan pembangunan itu perlu dibuat serta-merta sehingga punca sebenar diketahui dan segala aspek serta keperluan keselamatan dipatuhi oleh pemilik projek.

“APAD mengambil maklum mengenai insiden perkhidmatan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling yang mengalami gangguan perkhidmatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya.

“Berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian awal, terdapat satu kerja pembangunan dijalankan bersebelahan landasan kereta api dan dalam kawasan Rizab Kedua LRT yang dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan pihak APAD di bawah Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [ P.U.(A) 367],” katanya di sini hari ini.

Katanya, APAD sememangnya memandang serius terhadap isu berkenaan dan sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya insiden tersebut.

“Pihak Prasarana juga telah diminta untuk menyediakan alternatif perkhidmatan yang mencukupi bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi terutamanya di waktu puncak termasuk membuat pemakluman secara berterusan kepada orang awam.

“APAD akan terus memantau perkembangan gangguan perkhidmatan kereta api ini termasuk alternatif perkhidmatan yang disediakan sehingga keadaan kembali pulih,” ujarnya.

Terdahulu, Rapid Rail Sdn Bhd melaporkan perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan kurang sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan akibat kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI