fbpx
Penduduk terjejas dipindahkan ke PPS.

Sabah catat 6,313 mangsa banjir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Bilangan mangsa banjir di Sabah terus melonjak ke 6,313 orang membabitkan 2,187 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah berkenaan membabitkan penduduk terjejas dari lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

“Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka di semua daerah terjejas.

“Sebanyak 11 PPS diaktifkan di Kota Marudu, tujuh PPS di Paitan, empat PPS di Pitas, tiga PPS di Kudat dan satu PPS di Lahad Datu.

“Tiga PPS dengan jumlah mangsa tertinggi ialah SK Ranau (Kota Marudu) dengan 1,280 mangsa.

“Ia diikuti dengan SM Advent Goshen (Kota Marudu) dengan 711 mangsa dan Dewan SK Sikuati (Kudat) dengan 628 mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan sama, trend semasa situasi banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan dengan penambahan jumlah mangsa di PPS. – KOSMO! ONLINE

POPULAR