fbpx

Kudung akibat mercun hanya musim raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai kanak-kanak menjadi mangsa kepada permainan mercun dan bunga api.

Budaya membakar mercun dalam apa jua perayaan sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Baik Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali semuanya akan disertai dengan bunyi letupan berwarna-warni.

Namun apa yang menghairankan kita adalah kes kudung tangan atau jari hanya berlaku ketika bulan puasa yang mana mangsa terdiri daripada orang Melayu.

Sumbu dan belerang yang sama dibakar, tetapi tidak kedengaran pula dalam mana-mana media sosial atau akhbar orang Cina atau India kudung atau cedera akibat bermain mercun.

Pengamatan yang dilakukan mendapati orang Melayu suka memperbaharui segala jenis barang yang sampai ke tangan mereka.

Bukan sahaja mercun diubah suai, malah motosikal yang datang dari Jepun juga diubah suai supaya lebih laju ketika berlumba haram. Orang Jepun tak tidur siang malam memikirkan reka bentuk, sampai di Malaysia, habis kena ubah suai.

Ketika kegemilangan Yamaha RXZ pada tahun 1980 dan 1990-an, hampir kesemua bengkel mempunyai ‘pakar’ untuk ubah suai enjin, blok dan ekzos bagi menambah kelajuan.

Peringatan supaya tidak ubah suai ekzos kerana akan mengubah paras bunyi dan mengundang gangguan bunyi yang ditampal pengilang langsung tidak dihiraukan.

Hasilnya lahirlah era lumba haram dan istilah mat rempit serta bohsia dalam kalangan mat motor mahupun cendikiawan.

Itu salah satu contoh yang disebut bagi menggambarkan bagaimana orang Melayu begitu gemar bereksperimen.

Persoalannya, sampai bila kita kena hadap berita anak-anak kehilangan jari akibat bermain mercun? Tidak cukupkah kes-kes sebelum ini yang terjadi untuk diambil sebagai pengajaran?

Janganlah ada lagi kedengaran anak jiran masuk hospital disebabkan kudung tangan apatah lagi Ramadan dan Syawal makin hampir. Orang lain gembira beraya, kita pula bersedih kerana hilang anggota badan di atas kesalahan sendiri.

Musim perayaan sepatutnya disambut dalam suasana meriah. Selain makanan dan ucapan, pemberian duit raya semestinya menambah seri.

Lebih menggambarkan yang kita prihatin dengan orang lain apabila memberi ang pau kepada orang tidak dikenali yang telah membuat kebaikan kepada kita. Pemandu e-hailing misalnya.

Berbuat baik tidak memerlukan kita mempunyai harta yang banyak dan wang bertimbun di dalam bank.

Cukup sekadar membantu orang buta melintas jalan atau melemparkan senyuman ketika berselisih di stesen minyak.

Walaupun nampak kecil, mana tahu ia besar maknanya buat orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI