fbpx

Janna Nick kesal dituduh punca perbalahan dua isteri Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK memohon maaf secara terbuka jika gurauannya kepada Fyna Jebat pada minggu keenam Famili Duo baru-baru ini menggores hati isteri pertama Zainal Abidin.

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick memohon maaf sekiranya gurauan pada konsert mingguan Famili Duo mengenai rumah tangga Fyna Jebat menggores hati isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Permohonan maaf tersebut dibuat untuk menjernihkan keadaan selepas dia dituduh menjadi punca tercetusnya pergaduhan antara isteri pertama dan kedua bekas pemain bola sepak berkenaan baru-baru ini.

“Saya jarang hendak mempertahankan diri tetapi apabila ada pelakon veteran menuduh secara membabi buta mengatakan saya sengaja hendak sakitkan hati isteri pertama, memang jadi marah.

“Sedangkan saya langsung tidak tahu mengenai kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pula punca berlakunya kejadian tarik-menarik rambut,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Tambah Janna, 26, soalan-soalan yang ditanya kepada peserta juga sememangnya bertepatan dengan konsep program tersebut iaitu kekeluargaan.

“Konsep Famili Duo berkonsepkan kekeluargaan dan memang soalan tentang suami, anak , isteri, ibu dan bapa yang sering ditanya. Lebih-lebih lagi jika suami mereka agak dikenali.

“Ini merupakan kenyataan terakhir, jangan libatkan saya dalam masalah rumah tangga orang lain.

“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah menyakitkan hati,” katanya lagi.

Menerusi entri sama, pelantun lagu Gatal itu turut memuat naik skrip yang perlu disampaikan sepanjang program tersebut berlangsung.

“Saya sertakan skrip yang ditandakan dengan warna merah membawa maksud wajib tanya.

“Sebagai pengacara, saya akui segala kekurangan adalah kelemahan sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT,” ujarnya.

Sejak Ahad lalu, Janna dituduh menjadi punca tercetusnya perbalahan antara dua isteri seorang bekas pemain bola sepak negara seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Perkara tersebut bermula apabila Janna bertanya soalan kepada Fyna iaitu adik kepada Ayda Jebat mengenai komen dia kelihatan tidak bertenaga ketika persembahan minggu lalu.

“Fyna, bila mereka (juri) kata awak tidak bertenaga, awak selalu tidur lewat ke? Teman suami tengok bola?” soal Janna.

Jawab Fyna: “Selalu, saya yang buat bola.”

Disebabkan gurauan tersebut, Azhar Sulaiman menerusi Instagram meminta produksi TV3 berhenti membuat jenaka tentang perkahwinan Fyna dan Zainal bagi menjaga perasaan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini.

Bahkan dia turut menyelar tindakan Janna keterlaluan kerana mengusik perihal kontroversi rumah tangga pasangan itu.

Terdahulu, pada 9 Januari lalu, Fyna mengesahkan sudah bernikah dengan Zainal namun tidak mendedahkan secara terperinci tentang perkahwinan mereka.

Cerita pernikahan pasangan tersebut masih hangat diperkatakan sehingga hari ini apabila timbul dakwaan penikahan mereka tidak diketahui oleh isteri pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI