fbpx

Banjir: Segera berpindah, penduduk jangan takut tinggalkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN (kiri) menemui mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Sekolah Rendah Agama Sri Tengah, Kampung Tengah, Kluang malam tadi.

KLUANG – Orang ramai diingatkan untuk tidak takut meninggalkan rumah selepas diarahkan berpindah oleh pasukan keselamatan ekoran kediaman mereka dinaiki air banjir.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, apa yang dilakukan oleh pasukan keselamatan itu adalah sebagai tindakan untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku kepada mangsa banjir.

Katanya yang juga Pengarah Operasi Bencana Daerah, apa yang penting adalah barang-barang berharga dan dokumen peribadi perlu dibawa bersama manakala perabot, barangan elektrik hanya ditempatkan di kawasan lebih tinggi agar tidak ditenggelami air.

“Pihak polis sentiasa membuat rondaan dan telah mengarahkan anggota membuat rondaan serta pemantauan di kawasan yang telah dinaiki air terutama rumah-rumah ditinggalkan mangsa.

“Oleh yang demikian, jangan takut untuk meninggalkan rumah kerana nyawa lebih penting daripada harta yang ditinggalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Sri Tengah di sini malam tadi.

Ujarnya, semua mangsa hanya perlu mendaftarkan maklumat berkaitan rumah yang ditinggalkan ketika melaporkan diri di PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI