fbpx

Projek robot labah-labah gergasi gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN jurutera itu cuba membina robot labah-labah gergasi terbesar di dunia. - YouTube/Hacksmith Industries

OTTAWA – Sepasukan jurutera sebuah syarikat di Kanada mengambil masa selama 426 hari untuk membina sebuah robot mekanikal labah-labah yang didakwa terbesar di dunia, sebelum pembinaannya dihentikan disebabkan kos meningkat, lapor akhbar Daily Star.

Hacksmith Industries, yang merupakan sebuah syarikat perubah teknologi fiksyen menjadi projek nyata di dunia sebenar, mula membina robot tersebut pada September 2021. 

Projek yang pada awalnya dijangka siap dalam masa tiga bulan itu terpaksa dilanjutkan selama satu tahun setengah.

Robot digelar ‘Megahex’ itu diilhamkan daripada jentera penggali tanah industri.

Dalam sebuah video berdurasi 30 minit di laman YouTube, pasukan itu menjelaskan bahawa proses pembinaannya berjalan lancar sebelum dibelenggu beberapa isu teknikal.

Hos Hacksmith yang mengacarakan video tersebut, Bogdan Malynovskyy berkata, cabaran bermula apabila mereka berusaha membina kaki robot itu supaya berfungsi dengan baik. 

Selepas memasang kesemua kaki robot, pasukan itu mereka bentuk sistem kawalan yang sesuai untuk seorang pengendali. 

Pasukan itu kemudian menghadapi kesukaran untuk mendirikan robot berkenaan, sementara berhadapan dengan kesuntukan bajet dan masa.

“Projek ini tidak sepatutnya berlaku. Ia adalah jauh lebih rumit daripada yang kami jangkakan. 

“Kami menghadapi lebih banyak isu daripada yang disangka termasuk masa dan kesukaran yang jauh melebihi anggaran,” kata Bogdan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI